PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN JENIS-JENISNYA
Bahan 2D atau dua demensi adalah
bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas
sekeping kertas atau permukaan rata.Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan
di dalam bilik darjah termasuklah:
a) Gambar
b) Grafik
c) Carta
d) Peta
e) Graf
f) Poster
g) Kad Imbasan
h) Kad Gambar
Gambar
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih
atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda
yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada
kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan
oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis
gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia,
aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.
Kelebihan Gambar
a) Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada
ide-ide yang maujud dan formal.
b) Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
c) Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya
terlalu kecil
d) Penggunaan gambar foto boleh
disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi
hingga ke penutup.
e) Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru
kepada murid dengan jelas dan tepat.
Kelemahan Gambar
a) Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh
murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
b) Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana
gambar berbentuk dua demensi.
c) Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang
ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
d) Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan
kesahan tidak dapat dibuktikan
e) Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu
mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
Grafik
Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis
dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru
haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi
mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu
mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu
garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian
Warna ‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti
seseorang.Guru
mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut
boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid,
semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej
yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.
Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar
rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah
berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama,
iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Sebelum
carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah
pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya,
carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat
menyampaikan mesejnya melalui visual.
Jenis-Jenis Carta
a) Carta Organisasi
b) Carta Klasifikasi
c) Carta Masa
d) Carta Jadual
e) Carta Urutan
Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu
set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan
visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.Terdapat empat jenis graf yang biasa
digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah
bergantung kepada dua faktor penting;
i. Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak
disampaikan
ii. Tahap fahaman atau penerima murid.
Agar pengunaan graf menjadi amat efektif,
guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.
Jenis-jenis graf
a) Graf Bar atau Batang
b) Graf Gambar atau Pictograf
c) Graf Bulat atau Pie
d) Graf Garisan
Poster
Poster adalah satu lukisan atau cetakan
yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di
dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej
tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu
peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan
berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan
berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan
spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas
sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus
menerus.
Kelebihan poster
a) Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau
satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
b) Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti
sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan
lain-lain.
c) Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau
situasi-situasi tertentu.
d) Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan
yang baik atau sikap yang murni.
PENGGUNAAN BAHAN 3D DAN JENIS-JENISNYA
Bahan 3 Dimensi
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah
bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak
jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.
Kelebihan Bahan 3D
a) Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
b) Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat
belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
c) Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu
benda itu dengan lebih baik.
d) Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
e) Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan.
f) Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu
sama lain.
g) Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru
sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :
i. Realia
ii. Model
iii. Diorama
iv. Akuarium dan terrarium
v. Boneka
vi. ‘Mobile'
vii. Topeng
Realia
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis seperti berikut:
a) Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya,
dan masih hidup seperti cacing tanah,belalang dan sebagainya, ataupun bahan
sebenarnya yang kaku (bukan hidup) sepertimesin, jentera dan lain-lain.
b) Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan
disimpan di dalam bendalir kimia.
c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan
yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat
atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya
spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan.
Model
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau
benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat,
plastisin dan getah.Beberapa pecahan jenis model:
a) Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat
dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih
kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu.
Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
b) Model Olok-olok
Model olok-olok merupakan model yang
diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan
pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok
ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala
pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang
sebenarnya.
c) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas
pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk
bahagian dalam benda tersebut. Keratan rentas selalunya digunakan dengan lebih
meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit
manusia.
Diorama
Diorama adalah satu persembahan pameran
model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk
satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium
yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Akuarium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara
hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara
hidupan kecil atas tanah. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan
bekas-bekas kaca ataupun balangbalang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di
dalam akuarium tersebut.
Terrarium
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan
kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil
yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai
terrarium.
Boneka atau Patung
Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu
mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.
Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah;
i. Boneka sarung Tangan
ii. Boneka Lidi
iii. Boneka Kulit
iv. Wayang Kulit
v. Boneka Bertali
Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau
dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan
atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.
No comments:
Post a Comment